SlideShow

0

Hukum Mengelap Air Wudu' Kita

soalan -
benarkah kita tidak boleh Lap Air wudhu' kita ?dan benarkah wudhu yang dibiar membasahi anggota wudhu itu akan menyeri-nyerikan muka kita di hari Akhirat kelak ?

jawapan -

sabda Nabi s.a.w bahawa pada hari Kiamat nanti umat Muhammad akan datang dengan wajah, tangan dan kaki terang benderang kerana bekas wudhu’ (hadis Muslim )

Namum demikian tidak ada nas yang mengatakan bahawa tidak dibenarkan seseorang itu mengeringkan anggota-anggota wudhu’ dengan kain dan tuala . Menurut Ibn Qudamah rh bukanlah menjadi kesalahan mengeringkan anggota wudhu’ dengan tuala setelah dibasahkan semasa mandi dan berwudhu’. Ini adalah sebagaimana yang diriwayatkan dari Imam Ahmad, begitu juga Uthman ra., al-Hassan ibn Ali ra., Anas ra. dan ramai dikalangan ulama’ yang menggunakan tuala setelah berwudhu’ (al-Mughni, 1/195).

Begitu juga Sheikh Soleh al-Uthaimin memberi komentar terhadap hadis di atas dengan menyebut: “Sesungguhnya perbuatan ini terdapat beberapa kemungkinan, iaitu samaada sebabnya terdapat pada kain itu, seperti tidak bersih, ataupun Baginda s.a.w. tidak mahu membasahi kain tersebut dengan air...,hakikatnya perbuatan Maimunah r.’anha membawa kain kepada Baginda s.a.w., menunjukkan bahawa kebiasaan Baginda s.a.w. adalah mengelap anggota basuhan, sekiranya ianya (mengelap) bukan dari kebiasaan Baginda s.a.w., necaya Maimunah r.’anha tidak akan membawanya (kepada Rasulullah)...” (rujuk: as-Syarhu al-Mumti’ ‘ala Zaadi al-Mustaqni, oleh Ibnu Uthaimin, 1/53)

Pendapat al-Uthaimin diperkuatkan lagi dengan sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Slaman al-Farisi r.a.:

“Sesungguhnya Rasulullah telah berwudhuk, maka Baginda membalikkan jubah shuf (dari bulu), dan menyapu dengannya wajah Baginda s.a.w.” (HR. Ibnu Majah, no: 468)

Dr Yusuf al-Qaradhawi ha. juga menyatakan alasan yang sama, termasuklah beliau mengatakan bahawa kemungkinan peristiwa ini berlaku dimusim panas, dimana semua orang maklum bahawa Hijaz merupakan satu tempat yang amat panas. Dan kemungkinan besar Nabi s.aw inginkan tubuhnya basah dan beberapa kemungkinan yang lain (Fiqh al-Thaharah, ms 164).

Kesimpulannya ,
Tiada Nas melarang kita Lap wudhu kita maka dibolehkan bagi kita mengeringkan anggota basuhan dengan kain atau memadai dengan mengibas-ngibas tangan tanpa mengelap anggota.

Wallahulam


sumber : Sunnah ( facebook's page )

0 Pancaroba Dunia: