SlideShow

0

OMYGOD ! Dera murid sampai mati !

Dera murid sampai mati tidak boleh dimaafkan.

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyifatkan kes murid sekolah agama yang dibelasah guru sehingga maut adalah jenayah serius dan perbuatan yang tidak boleh dimaafkan.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, walaupun sekolah berkenaan bukan di bawah Kementerian Pelajaran, namun perbuatan guru itu tetap tidak boleh dibiarkan kerana ia membabitkan keselamatan murid. "Sebagai Menteri Pelajaran saya memandang berat sama ada sekolah itu dalam sistem pendidikan atau di luar. Kes mendera sehingga maut pelajar kecil satu tindakan jenayah dan pihak berkuasa harus menyiasat kenapa hal seperti ini berlaku sehingga membawa ajal.
"Bila ibu bapa menyerahkan anak mereka kepada pihak sekolah, ia menjadi tanggungjawab guru dan sekolah kena memberi perhatian tentang keselamatan mereka, (bukannya mendera mereka) apa lagi dilakukan oleh guru yang sepatutnya bertanggungjawab mendidik anak-anak," katanya.

Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas kes murid tahun satu sebuah sekolah agama persendirian di Perlis, Saiful Syazani Saiful Sapfidee, 7 yang meninggal dunia semalam selepas tiga hari koma akibat dibelasah gurunya.

Mangsa menghembuskan nafas terakhir selepas mengalami pendarahan dalaman di kepala dan komplikasi jantung akibat kejadian di bilik asrama sekolah agama itu, Khamis lalu.

Muhyiddin berkata, sekolah berkenaan termasuk sekolah agama rakyat perlu mempunyai kaedah standard dalam menguruskan soal disiplin pelajar.
Beliau berkata, pihak sekolah harus menetapkan pihak yang harus diberi tanggungjawab untuk memantau disiplin pelajar dan sistem kawalan tertentu bagi menangani pelajar yang terlibat dalam salah laku disiplin, termasuk bekerjasama dengan pihak berkuasa jika perlu.

Katanya, bagi sekolah di bawah kemententerian, terdapat mekanisme khusus untuk menangani kes salah laku disiplin termasuk berhubung tindakan yang boleh diambil terhadap pelaku sekiranya terdapat bukti jelas mengenai kesalahan yang dilakukan.

Dalam isu lain, Muhyiddin berkata kementerian akan meneliti cara terbaik untuk memenuhi kehendak sesetengah pihak yang mahu supaya penggunaan Bahasa Inggeris diteruskan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains.

"Kita sudah putuskan mengenai soal pembelajaran Matematik dan Sains yang akan diajar dalam Bahasa Malaysia menerusi pelaksanaan Memartabatkan Bahasa Malaysia memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI) tetapi kita akan teliti bagaimana hendak memenuhi kehendak sesetengah pihak yang mementingkan soal pembelajaran Bahasa Inggeris ini," katanya.

Muhyiddin, bagaimanapun, tidak menetapkan tempoh masa bila perkara itu akan diputuskan kerana menyifatkan penelitian mengenai perkara itu akan mengambil masa termasuk untuk melihat implikasinya ke atas keputusan kerajaan sebelum ini

0 Pancaroba Dunia: