SlideShow

0

[FAKTA] Bahayanya Minuman Berkarbonat .




1. Obesiti (berat badan berlebihan)
Kajian daripada University of Texas mendapati bahawa minuman bergas (berkarbonat) mampu meningkatkan risiko obesiti secara purata dalam 32.8 %, sedangkan diet coke (bebas gula) mampu meningkatkan risiko berkenaan sehingga 54.5%. Maka tidak benarlah seperti yang dinyatakan bahawa diet coke bebas gula.

2. Kalori yang tak berguna
Sebahagian besar minuman berkarbonat ini, mengandung 250 kalori per 600 ml. Tidak ada sebarang kandungan nutrisi atau mineral di dalamnya, melainkan hanya gula dan kafein.

3. Kandungan kafein yang memungkinkan ketagihan
Minuman berkarbonat juga dapat menyebabkan ketagihan. Apa yang cuba merangsang ketagihan itu adalah kandungan kafein di dalamnya. Setelah berhenti dari meminum minuman berkenaan, kebarangkalian besar anda akan mengalami gejala putus zat seperti sakit kepala, depresi, gugup dan menggigil.

4. Meningkatkan risiko penyakit jantung dan diabetes
Menurut sebuah laporan yang diterbitkan oleh American Heart Association di Circulation Journal pada tahun 2007, orang yang gemar meminum minuman berkarbonat setiap hari akan meningkatkan risiko sindrom metabolik, iaitu suatu keadaan yang meningkatkan risiko penyakit jantung dan diabetes, sebanyak 44 %.

5. Mengurangkan jumlah penghasilan sperma
Hasil kajian di Denmark menunjukkan bahawa orang lelaki yang mengambil 1 liter atau lebih minuman berkenaan setiap hari adalah cukup berbahaya bagi keadaan spermanya. Penghasilan sperma bagi lelaki yang sering mengambil minuman itu adalah 30% lebih rendah jika dibandingkan dengan orang lelaki yang tidak mengambilnya.

0 Pancaroba Dunia: