SlideShow

0

Sila Uji Blog Anda Dulu Sebelum Menjemput Orang Untuk Baca !

Kat sini aku nak listkan macam mana nak uji blog kita supaya kita tahu macam mana orang lain punya perasaan bila masuk blog kita (untuk mereka yang rajin blogwalking dan mengharap/menjemput orang lain masuk blog dia la, kalau tak kisah blog takde reader tak payah baca).

  1. Ujian suara (untuk blog yang ada lagu autoplay). Cuba pasang volume tu kuat-kuat, to the max. Then buka blog sendiri. Kalau korang boleh tahan sampai lagu tu habis, then oklah tu. Kalau tak, jangan buat autoplay. Point aku, biasanya benda autoplay ni memang dia amplify volume tu. Jadi tak payah pasang max volume pun dah cukup kuat. Ada orang memang by default dah pasang volume maximum sebab malam tadi bantai tengok movie pasang kuat-kuat. Barulah feel kan? Sila bertimbang rasa pada mereka.
  2. Ujian rupa. Cuba tenung sikit blog kita lama-lama. Browse page/entri satu persatu. Zoom in and out. Puas hati? Tanya diri sendiri adakah itu yang kita nak tunjukkan kat dunia ni? Ingat, internet ni global bukan satu Malaysia je. Jadi sanggup ke kita associatekan blog kita tu dengan diri kita di hadapan mata dunia?
  3. Ujian pop-up yang menyusahkan orang. Cuba macam ni. Blog korang ada pop up widgeo tak? Kalau ada ok, aku takde hal sangat. Cuma cuba kalau korang masuk 30 lagi blog yang ada pop up widgeo tu. Apa perasaan korang? Kalau tak tutup pop up tu tiap kali masuk blog yang ada pop up widgeo, confirm browser boleh crash. Kalau komputer yang sistem dia cikai-cikai silap-silap boleh hang.
  4. Ujian komen. Jangan login masuk Blogger/Google. Masuk blog korang dan tinggalkan komen kat 5-10 entri yang berlainan. Senang? Susah? Cuba tutup word verification tu. Kan jadi lagi senang. Betul tak?
  5. Ujian bahasa. Dunia blogging ni memang la tak perlu sangat ikut gaya penulisan yang formal tapi janganlah terlalu kasual sangat. Bila dah tulis entri baru, cuba preview balik dalam blog. Puas hati tak dengan apa yang korang tulis? Layak ke kalau kita nak kasi orang baca penulisan kita yang ada banyak sangat singkatan, kesalahan ejaan dan sistem perenggan yang berterabur? Sanggup nak kasi satu dunia baca? Kalau sanggup takpelah. Itu hal korang.
  6. Ujian iklan. Bukak blog kita dan tengok, apa yang paling jelas dan nyata? Iklan atau content blog? Ada blog yang baru dapat Innity tu semua jenis ads size dia nak letak. Ades~ Jadi blog tu nampak macam blog hijau Innity pulak. Dah hilang identiti blog.

Jadi kenapa nak uji banyak-banyak?

  • Lagu autoplay tu.. kalau kawan rapat aku, aku tak kisah sangat. Dah tau pun blog dia ada lagu. Jadi takdedah elemen surprise tu, tapi still orang lain akan kena elemen surprise tu. Huhu~ Kalau orang tua yang terkena silap-silap dah boleh kena heart attack.
  • Semua orang puji blog orang lain cantik-cantik dan kemas tapi mereka tak berusaha nak buat blog yang kemas macam tu. Kalau ada widget yang tak berguna tu, yang rasanya tak kena dengan theme/template blog kita buang aje.
  • Tengok kat forum GB semua cakap nak komen banyak-banyak tapi tak semua berusaha ke arah memudahkan commentator meninggalkan komen. Macam mana ni?
  • Kalau tulis shortform je memanjang, tu bukan penulisan. Tu adalah singkatan/rumusan/nota. Cubalah tulis betul-betul sikit, bahasa rojak pun takpelah, asalkan boleh dibaca secara normal. Ini blog, bukan nota lecture anda. Dua perkara berbeza disitu.
  • Iklan. Ingat, blog kita ni adalah blog kita. Bukan blog advertiser. Advertiser bayar murah je, jadi bagilah nilai yang setimpal dengan yang dia bayar. Jangan la nak penuhkan blog dengan iklan. Kalau ada satu iklan skyscraper tu, tak payah la letak wide-skyscraper pulak. Lepas tu letak sebelah-sebelah. Ades~ Nak senang pilih, amik mana satu yang advertiser paling banyak guna, pilih yang tu. Yang lain tak payah letak.

Ni bukan nak mengutuk atau mengkondem sesiapa. Just pendapat dan cadangan daripada aku. Kalau nak ikut, ikut. Kalau tak, takpe. Selamat berblogging.

0 Pancaroba Dunia: